teman sejati memang sukar untuk dicari~apabila sudah jumpa seorang teman yg layak dipanggil sahabat,hargailah dia.seorang sahabat yg sejati adalah seorang yg sanggup bersusah-senang bersama, berkongsi suka-duka bersama,tidak berkira,tidak mengaibkan temannya sendiri dan juga tidak berprasangka buruk terhadap temannya itu. Kita manusia,tidak lepas dari kesilapan dan juga kekhilafan. Adapun cacat dan cela temanmu itu,tidaklah kita perlu menjaja ceritanya kepada org lain yg mungkin akan merosakkan diri anda. Kadang-kadang apabila bersama teman, kita mungkin tidak lari untuk bertelagah mahupun berselisih pendapat, akan tetapi, apabila direnungkan segala perbuatan itu lagi merapatkan sillaturrahim sesama teman kerana dari situ kita dapat menerima kekurangan dan kelebihan seorang teman.
wahai teman-temanku di luar sana dan juga sahabatku, ingin aku nyatakan di sini bahawa janganlah kita berduka kerana cinta wahai kaum hawa. Jangan bazirkan masa dengan kaum jantan yg tidak berguna itu~ Ada lagi hebat yg menanti di luar sana. Jangan juga kita terlalu taksub memikirkan cinta hingga mengabaikan CINTA kita kepada Allah s.w.t. Aku tujukan statement ini untuk diriku juga kerana aku juga berharap dalam cinta hingga melalaikan aku. Allah sentiasa mencintai umatnya. Ingat tu!~
wahai teman dan juga sahabat...suka dan duka datang silih berganti dan inilah yg dipanggil DUGAAN~ kadang-kadang ia blh memantangkan diri kita dan kadang-kadang blh menjadi satu masalah. Haruslah kita pandai menanganinya.
i love u my teman dan juga SAHABAT!!!~
No comments:
Post a Comment