none

I AM NOT PERFECT JUST LIKE U~ :)
Sometimes I should just keep my mouth shut, or only say hello... :)

10.08.2010

kenapa aku masih solo~

Jodoh tiada kaitan dgn keturunan.Hanya belum sampai masanya.Wanita baik utk lelaki yg baik, sebaliknya wanita jahat utk lelaki yg jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.Biar lambat jodoh asalkan mendpt Mr. Right n biar seorang diri dpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendpt ini.Hakikatnya, apabila kita benar2 mendpt apa yg kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Bukan semua yg anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tp deritanya juga dtg sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ramai org menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jgn berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yg tidak bersedia utk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yg benar2 mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yg menjadikannya gelanggang utk menjadikan syurga sbg matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kpd kesempurnaan insan bagi yg mengetahui rahsia-rahsianya.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yg disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yg pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Kekayaan yg paling kaya adalah akal, kemiskinan yg paling besar adalah jahil, keburukan yg paling hodoh adalah sesat.Tidak berguna adanya mata andai tidak dpt melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dgn teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dgn niat yg bertempat di hati.



from:miss farah henney

No comments:

Post a Comment